WhatsApp Menyaman Kerajaan India Kerana Didakwa Cuba Menceroboh Privasi Pengguna

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp hari ini mengemukakan saman ke atas kerajaan India kerana didakwa cuba menceroboh privasi pengguna platform mereka. Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Delhi bagi meminta ia memutuskan undang-undang teknologi maklumat yang dikuatkuasakan hari ini melanggar hak privasi 500 juta pengguna Whatsapp di India yang termaktub dalam perlembagaan.

Undang-undang meminta WhatsApp mengesan sumber setiap mesej yang dihantar pada platform mereka yang menentang penyebaran maklumat palsu. WhatsApp berkata sekiranya mereka mengikut perintah yang diberikan, privasi pengguna akan terjejas kerana ia memerlukan setiap mesej yang dihantar tidak diberikan penyulitan hujung-ke-hujung yang digunakan sekarang.

Kerajaan India sejak akhir-akhir memberi banyak amaran kepada perkhidmatan permesejan. Hanya beberapa hari yang lalu pejabat Twitter diserbu pihak berkuasa selepas beberapa ciapan dari wakil parti pemerintah BJP dilabel sebagai media yang telah dimanipulasi. Awal tahun ini kerajaan India memaksa Twitter membuang ciapan yang menyokong protes petani yang didakwa menyalahi undang-undang sehingga mengganggu ketenteraman negara.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami