Cari @ Amanz

Amazon hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih MGM Studios pada niilai $8.45 bilion, iaitu sekitar RM35 bilion. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus memperlihatkan Amazon mengambil langkah lebih serius dalam mengukuhkan penawaran kandungan mereka dalam arena penstriman video. Amazon sedia mempunyai penawaran mereka tersendiri, dinamakan sebagai Prime Videos.

Pengambil-alihan ini akan memberikan akses kepada sejumlah IP yang dimiliki oleh MGM. Untuk makluman, antara siri yang popular dimiliki MGM adalah termasuk James Bond, Robocop, Pink Panther, Shark Tank, Survivor dan sejumlah besar rancangan yang lain.

Secara keseluruhan, MGM mempunyai lebih 4000 tajuk filem dibawah mereka, dan sekitar 17,000 rancangan siri TV. Pengambil-alihan ini juga dijangka akan melengkapkan lagi kepakaran Amazon Studios yang sedia menerbitkan beberapa rancangan dibawah mereka.

Amazon juga menyasarkan pengambil-alihan ini akan mengukuhkan lagi kebolehan mereka menghasilkan penceritaan.

Proses penuh pengambil-alihan ini dijangka selesai selepas menerima pengesahan daripada pihak berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd