IDC – Industri PC Akan Terus Mencatatkan Peningkatan Pendapatan Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Industri PC, komputer riba dan tablet rata-rata semuanya memperlihatkan peningkatan dari segi pendapatan dan penjualan yang mendadak khususnya kerana wabak COVID-19 yang memaksa ramai pekerja untuk memindahkan pusat produktiviti mereka dari pejabat ke rumah.

Laporan IDC terbaru mengenai penjualan komputer memperlihatkan bahawa peningkatan jualan dan keuntungan syarikat-syarikat pembuat komputer ini akan terus meningkat pada tahun ini, walaupun apabila kekurangan bekalan komponen-komponen semikonduktor dilihat menjadi semakin teruk sepanjang tahun ini, dan hanya akan stabil sekitar penghujung bulan ini apabila syarikat-syarikat seperti TSMC, Global Foundries, Samsung dan sebagainya membuka kilang-kilang baru.

Ini dikatakan benar khususnya untuk industri PC desktop, dimana orang ramai dilhat masih lagi mahukan sebuah mesin yang boleh digunakan untuk menjadi lebih produktif di rumah, dimana mereka tidak begitu memilih samada ia hadir dalam rekaan desktop ataupun komputer riba.

Ia dilihat bahawa sepanjang tahun ini akan sedikit sebanyak masih lagi sama seperti tahun lepas dimana wabak COVID-19 masih lagi akan membelenggu dunia. Perbezaannya ialah pelbagai vaksin telahpun dibangunkan yang membolehkan sedang diagihkan kepada rakyat oleh pihak kerajaan yang akan sedikit sebanyak membantu kita untuk melawan wabak ini, mengurangkan kemungkinan kita menerima masalah kesihatan yang lebih teruk lagi.

Walaupun begitu, laporan IDC yang sama turut menjangkakan bahawa jumlah jualan dan pendapatan syarikat-syarikat PC ini dijangka akan menurun pada tahun 2022 kelak. Ini adalah kerana walaupun kilang-kilang dijangka akan mula meningkatkan pengeluaran komponen pada tahun hadapan, bekalan cip semikonduktor sedia-ada tidak begitu mudah untuk diperbaharui, dan akan mengambil masa.

Untuk jenama-jenama komputer, mereka akan menghadapi kesukaran untuk membina inventori peranti mereka semula, tetapi ini hanyalah satu kesukaran jangkamasa pendek tatkala industri pembuatan semikonduktor meningkatkan kapasiti mereka, dan wabak COVID-19 semakin mudah untuk ditangani kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami