Apple Sedang Mencari Pekerja Dengan Pengalaman Dalam Arena Pembayaran Alternatif – Termasuk Kriptowang

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini dilihat sedang mencari pengurus perniagaan untuk bahagian pembayaran alternatif – yang turut mempunyai pengalaman dalam arena kriptowang, dompet digital, dan beberapa arena kewangan yang semakin hangat diperkatakan masa kini.

Apa pun, ia tidak bermakna lagi Apple akan menceburi arena kriptowang ini. Sebaliknya, Apple ingin mencari pengurus yang sedia mengetahui arena teknologi kewangan – termasuk mengetahui pelbagai trend-trend dan teknologi semasa.

Apple sedia mempunyai bahagian khusus yang memfokuskan pembayaran – termasuk fokus terhadap Apple Pay, selain turut menawarkan kad kredit Apple Card di Amerika Syarikat.

Selain Apple, pelbagai syarikat lain turut sedang melihat kepada ekosistem pembayaran alternatif – termasuk Facebook dan beberapa yang lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami