Twitter sedia memperkenalkan ciri Twitter Spaces sejak beberapa minggu lepas dengan lebih meluas kepada para pengguna Android dan iPhone. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi dalam bentuk audio – lebih kurang seperti Clubhouse.
Menariknya, kini selain pada hanya peranti mudah-alih, bermula hari ini, pengguna Twitter di web dan desktop turut boleh mengikuti serta menyertai sesuatu Twitter Spaces.
Apa pun, buat masa ini, Twitter Spaces di web, ia hanya membolehkan pengguna mmendengar sahaja. Pengguna belum lagi boleh hoskan lagi sesuatu Twitter Spaces melalui web, tetapi ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.