Facebook Akan Mengehadkan Capaian Perkongsian Daripada Akaun Yang Sering Berkongsi Info Palsu

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam usaha mengelakkan platform Facebook daripada terus digunakan pihak tidak bertanggungjawab dalam berkongsi info palsu, kini Facebook menyatakan yang mana mereka akan mula mengehadkan perkongsian daripada akaun-akaun yang didapati sering berkongsi info palsu atau tidak tepat.

Dengan perubahan ini, bukan sahaja perkongsian dengan info palsu berkenaan akan dihadkan capaiannya – tetapi juga akaun pengguna yang berkongsi info berkenaan.

Langkah ini akan membuatkan seseorang pengguna lebih bertanggungjawab untuk elak akaun mereka dilabelkan – yang akan membuatkan pelbagai kandungan yang dikongsikan mereka dihadkan capaiannya kepada yang lain. Ini sekaligus akan memperlihatkan interaksi pada perkongsian seseorang berkenaan juga berkurangan – dan elak sesuatu perkongsian palsu atau tidak tepat diperlihatkan kepada yang lain.

Sebelum ini, SKMM telah mengkritik Facebook dan beberapa platform lain dalam mengambil tindakan terhadap perkongsian palsu – dan mungkin langkah ini akan mengurangkan sebarang info dan berita palsu pada platform berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami