Jeff Bezos Akan Berhenti Menjadi CEO Amazon Pada 5 Julai 2021

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jeff Bezos sebelum ini sedia nyatakan bakal meninggalkan jawatan CEO Amazon tidak lama lagi, dan kini beliau mengesahkan 5 Julai 2021 akan menjadi tarikh terakhir beliau sebagai CEO syarikat gergasi berkenaan.

Jeff Bezos memilih tarikh berkenaan, kerana Amazon telah ditubuhkan pada tarikh sama sekitar 27 tahun lepas, iaitu pada 1994.

Selepas tarikh berkenaan, Jeff Bezos akan menjadi Pengerusi Eksekutif untuk Amazon, sementara CEO baharu Amazon adalah Andy Jassy yang kini sedang menerajuii bahagian perniagaan Amazon Web Services (AWS).

Andy Jassy sebelum ini telah menerajui AWS sejak daripada 2016 yang lepas, dan kini bahagian berkenaan menawarkan pendapatan sekitar 12% untuk Amazon.

Dengan peralihan ini, semestinya ramai yang menantikan bagaimanakah Amazon akan terus berkembang dibawah ketua baharu kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami