General Motors dan Lockheed Martin Membangunkan Kenderaan Bulan Untuk Misi Artemis

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Misi Artemis akan memulakan langkah pertamanya tahun ini dengan pelancaran roket ujian bagi menguji sistem sokongan hidup dan perhubungan. Menjelang 2024, wanita pertama akan menjejakkan kaki ke permukaan bulan. Bagi membolehkan pelbagai misi penerokaan dilakukan, angkasawan Misi Artemis memerlukan kenderaan khusus untuk permukaan bulan.

General Motors dan Lockheed Martin telah mengumumkan kerjasama untuk membangunkan kenderaan bulan Lunar Terrain Vehicle (LTV). Tidak seperti kenderaan bulan dari Misi Apollo lima puluh tahun lalu, LTV bukan sahaja boleh dipandu tetapi dikawal menggunakan alat kawalan jauh dan melakukan pengembaraan secara swapandu. Kawalan boleh dilakukan dari markas di permukaan bulan dan juga dari stesen angkasa Gateway yang mengorbit bulan.

Kenderaan ini perlu mampu beroperasi sehingga 14 hari dalam kegelapan bahagian gelap bulan, bertahan cuaca ekstrem -162 °C dan bergerak lebih jauh berbanding kenderaan bulan terdahulu yang sekadar mampu bergerak sehingga 7.6 km sahaja. Berdasarkan video acah, LTV akan mengekalkan rekaan kokpit terbuka. Berbeza dengan kenderaan bulan rekaan Toyota untuk JAXA yang diumumkan dua tahun lalu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami