Panasonic LUMIX GH5 Mark II Dilancarkan Dengan Sensor Lebih Baik Serta Sokongan Penstriman

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Panasonic telah melancarkan Panasonic LUMIX GH5 Mark II minggu ini dengan beberapa penambahan yang telah lama diminta dari pengguna sejak GH5 Mark I dilancarkan empat tahun yang lalu. Sensor 20.3-megapixel Mikro Four Third dikekalkan tetapi kini dengan lapisan anti silau yang menurut Panasonic akan memberikan imej yang lebih jelas dan tajam.

Kemampuan rakaman video pula adalah sehingga Cinema 4K (C4K) 60 FPS tanpa had. Rakaman video pada kesemua resolusi kini boleh dilakukan tanpa sekatan masa. Turut disertakan adalah rakaman V-Log yang sebelum ini hanya ditawarkan menerusi pembelian tambahan. Ciri menarik lain ialah GH5 Mark II menyokong penstriman secara langsung secara berwayar (yang diumumkan tahun lalu) dan nirwayar. Dengan ciri nirwayar, pengguna boleh menstrim pada resolusi FHD 60FPS 16 Mbps menerusi aplikasi telefon pintar Lumix Sync App.

Panasonic menjanjikan kemas kini perisian pada bulan Jun yang membolehkan pestriman nirwayar dengan sambungan terus kepada telefon pintar untuk meningkatkan kualiti video. Pada waktu ini platform pestriman yang disokong ialah YouTube dan Twitch sahaja.

Penambahbaikan lain ialah sokongan kuasa luaran menerusi port USB-C, LCD belakang yang lebih terang untuk digunakan di luar dan EVF kini dilengkapi skrin 120Hz. Beberapa mod video sinematik turut diberikan dengan sains warna yang berbeza dari Mark I untuk pengguna pro-sumer yang menggunakan Mark II sebagai kamera video pilihan.

Di Amerika Syarikat Panasonic LUMIX GH5 Mark II ditawarkan pada hara $1700 (~RM7043) untuk badan dan $2300 (~RM9530) dengan lensa kit 12-60mm.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami