Facebook sedia menawarkan ciri tema gelap atau “Dark Mode” kepada pengguna melalui aplikasi mudah-alih Android dan iOS, selain pada web. Namun, pada hari ini, sejumlah pengguna dilihat menghadapi masalah untuk menggunakan aplikasi berkenaan dengan tema gelap.
Pihak Facebook sendiri dilihat telah mengesahkan masalah ini, dan mengatakan sedang memperbaiki masalah teknikal berkenaan secepat mungkin untuk pengguna Android. Untuk pengguna iPhone, ia dilihat masalah berkenaan boleh diperbaiki dengan cepat melalui nyah-pasang, dan memasang kembali aplikasi berkenaan. Tetapi, pengguna lebih dinasihatkan untuk menantikan kemaskini terbaru yang mengatasi masalah pepijat tema gelap ini.
Ramai pengguna dilihat tidak selesa dengan kehilangan tema gelap ini – salah satunya disebabkan oleh ketidak selesaan membaca ketika skrin yang terlebih cerah berbanding kebiasaan.
Bagi anda sendiri, adakah anda menghadapi masalah mengakses tema gelap di Facebook juga?