Realme 8 5G Dengan Cip MediaTek Dimensity 700 Kini Di Malaysia – Harga Serendah RM799

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebuah lagi peranti 5G daripada Realme telah diperkenalkan secara rasmi buat pengguna di Malaysia. Peranti dimaksudkan adalah Realme 8 5G dan titik jualan utama padanya adalah cip MediaTek Dimensity 700, tri-kamera dengan sensor utama 48MP dan skrin dengan kadar semula tinggi.

Bagi yang berminat, Realme 8 5G dijual pada harga RM899 untuk seunit. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih seperti Supersonic Blue dan Supersonic Black. Jualan pertama bermula 28 Mei 2021 dan anda boleh mendapatkannya pada harga promosi lebih rendah iaitu RM799 sahaja. Perlu diingatkan, promosi terhad untuk jualan pertama sahaja menerusi laman Lazada!

Untuk spesifikasi khusus, Realme 8 5G dibekalkan skrin berukuran 6.5-inci FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip MediaTek Dimensity 700, ia juga dipadankan dengan GPU ARM Mali-G57, memori 8GB RAM + 3GB RAM (LPDDR4x), storan dalaman 128GB (UFS 2.1) dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (B&W). Kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, Realme UI 2.0, Android 11, pengimbas cap jari sisi dan lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami