Instagram Memperkenalkan Drops Untuk Penjualan Barangan Edisi Terhad

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram telah memperkenalkan sebuah lagi ciri baharu Drops, khusus untuk penjualan produk dalam jumlah terhad. Menerusi Drops, penjual boleh mempromosikan produk lebih awal bagi meningkatkan minat pembeli.

Trend pasaran semasa melihat produk edisi terhad memang mendapat sambutan ramai kerana statusnya yang sukar dibeli dan mempunyai prestij tersendiri. Ini mungkin dalam bentuk kasut rekaan penyanyi terkenal, atau kolaborasi jenama dengan artis. Pada peringkat awal kesemua keuntungan jualan akan diterima sepenuhnya oleh penjual tanpa komisen diambil oleh Instagram.

Antara jenama yang sudahpun bersetuju untuk meletakkan produk di dalam Drops ialah Hill House Home, Dragun Beauty dan Adidas. Pengguna Drops boleh meletakkan jenis produk yang ingin mereka lihat dan kemudian menerima notifikasi apabila produk ditawarkan. 

Di masa hadapan potongan komisen akan diambil kerana menurut Instagram ini terpaksa dilakukan bagi menjadi pendapatan yang terjejas selepas Apple mengaktifkan ciri menghalang penjejakan iklan menerusi iOS 14.5. Drops boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat sahaja dahulu menerusi aplikasi Android dan iOS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami