Cari @ Amanz

Rasanya baru sahaja kita melihat pelancaran untuk siri Vivo V21 sekitar bulan April yang lalu. Kini, Vivo hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama – dikenali sebagai Vivo V21 5G pula. Sacara kasarnya ia mempunyai rekaan fizikal dan spesifikasi utama yang sama seperti versi sebelumnya. Cumanya, Vivo V21 5G disertakan sokongan rangkaian 5G secara terbina.

Bagi yang berminat, Vivo V21 5G ditawarkan pada harga RM1,899 untuk seunit. Terdapat sehingga dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Jualan pertama akan bermula pada 27 Mei 2021. Lebih menariknya, setiap pembelian boleh melayakkan anda untuk menerima sejumlah hadiah menarik sehingga RM647 – yang terdiri dengan jaminan waranti selama setahun, Remax PowerBank 10,000mAh, baucar spotify bernilai RM50 dan Ogawa USB Eye Mask Lavender.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo V21 5G mempunyai skrin bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek  Dimensity 800U, GPU Mali-G57, memori 8GB +3GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (OIS) + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Selain itu, kamera swafoto pula sebesar 44-megapixel turut dibekalkan sokongan OIS. Spesifikasi lain termasuk – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, Funtouch OS 11.1, Android 11, pengimbas cap jari pada skrin dan lain-lain.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd