Cari @ Amanz

Sejak siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 dilancarkan, model-model RTX 3080 Ti dan RTX 3070 Ti mungkin adalah dua daripada kad grafik yang bukan lagi sebuah rahsia kepada komuniti pembina dan penggemar komputer desktop.

Dicanang sebagai dua daripada kad grafik paling berkuasa dalam siri mereka, telah ada banyak maklumat yang tertiris mengenai spesifikasi dan rekaan kad grafik ini yang diperlihatkan di arena web.

Akan tetapi, NVIDIA baru-baru ini telah nampaknya telah mengacahkan tarikh pelancaran kedua-dua kad grafik tersebut pada 31 Mei kelak, iaitu sejurus sebelum acara COMPUTEX Taipei yang akan berlangsung pada 1 Jun.

Setakat ini apa yang diketahui ialah NVIDIA akan melancarkan siri kad grafik terbaru ini untuk platform desktop terlebih dahulu, dan ia masih tidak diketahui jika mereka akan membuat sebarang pengumuman mengenai model untuk komputer riba ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd