Samsung Menawarkan Diskaun RM1500 Untuk Galaxy Note20 Ultra Khusus Untuk Para Pelajar – Kini Hanya RM3699

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Samsung Galaxy S21 diperkenalkan, Samsung mula memperlihatkan penambahbaika terhadap cip pemprosesan mereka serta penawaran peranti. Startegi mereka juga berlainan kerana ada peranti mercu mencecah RM3000 menggunakan bahan binaan plastik. Walaupun pengguna lebih gemarkan cip Snapdragon, pengedaran kemaskini Samsung yang kini gila pantas membuatkan orang boleh terima apa yang sedia ditawarkan.

Galaxy Note20 Ultra adalah peranti mercu utama mereka, selain daripada Z Fold2. Samsung hanya menawarkan satu variasi untuk model Ultra, iaitu 256GB dan dijual pada harga RM5199.

Berita baik untuk para pelajar atau kepada mereka yang ada akses ke Samsung Education Store, Galaxy Note20 Ultra berwarna Mystic Bronze dan Mystic Black versi 256GB dan 5G ditawarkan pada harga diskaun RM3699 sahaja. Ia adalah RM1500 potongan daripada harga asal. Samsung juga hanya tawarkan kepada 300 pelanggan terawal bermula 25-31 Mei.

Samsung turut menawarkan diskaun kepada beberapa televisyen pintar terpilih seperti 85″ Q65A QLED 4K, 55″ QN90A Neo QLED 4K atau The Frame QLED 4K pada harga bermula serendah RM6156 sahaja. Setiap model televisyen yang terpilih ini mempunyai harga asal mencapai RM15199. Diskaun ini adalah mencapai 30% potongan dan 10% pulangan tunai dengan RM1000 maksima.

Kemudian pada 11-8 Jun, Samsung meneruskan lagi promosi mereka untuk lebih banyak produk seperti RM3655 untuk Galaxy S21+ 5G dengan percuma Galaxy SmartTag, Galaxy Buds Pro pada harga RM599, set selongsong + S-Pen S21 Ultra pada harga RM199 dan pelbagai lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami