Razer Memperkenalkan BlackWidow V3 Mini HyperSpeed – Papan Kekunci Gaming Dengan Rekaan Padat

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jenama terkemuka peranti dan aksesori gaming, Razer kini hadir dengan satu lagi penawaran papan kekunci baharu. Melaluinya, Razer Blackwidow V3 Mini Hyperspeed telah diperkenalkan dan ia merupakan sebuah papan kekunci nirwayar yang hadir dengan reka bentuk cukup padat.

Razer Blackwidow V3 Mini Hyperspeed direka khas buat meraka yang mahukan papan kekunci gaming cukup minimalis dan pada masa yang sama menjimatkan ruang kerja. Melaluinya, papan kekunci hadir dengan binaan yang kompak – iaitu saiznya adalah kira-kira 65% daripada papan kekunci bersaiz penuh biasa. Meskipun begitu, ia masih lagi mengekalkan kekunci anak panah khusus dan tambahan kekunci navigasi. Tidak ketinggalan, ia juga papan kekunci yang dilengkapi sokongan lampu RGB.

Terdapat tiga jenis mod sambungan yang disokong seperti teknologi Razer HyperSpeed Wireless, bluetooth atau port USB-C. Di samping itu, ia juga menyokong teknologi Razer Hyperspeed Multi-device Support bagi memudahkan penggunaan secara nirwayar bersama pelbagai produk Razer yang lain. Misalnya, ia boleh digandingkan dengan beberapa tetikus seperti Razer Naga Pro, Razer Orochi V2 atau lain-lain dengan satu dongle sahaja. Ciri ini boleh diaktifkan menerusi perisian Razer HyperSpeed terkini.

Seterusnya, papan kekunci ini juga mempunyai jangka hayat bateri yang mampu beroperasi mencecah 200 jam. Razer Blackwidow V3 Mini Hyperspeed ditawarkan dalam dua pilihan suis iaitu Razer Green Mechanical Switches atau Razer Yellow Mechanical Switches. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM899 menerusi laman Razer Asia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami