Carian
Nubia Red Magic 6R Dilancarkan – Cip Snapdragon 888, Skrin 144Hz Dan Pengecas 55W
May 27, 2021 Amy Maizuraa

Sepeti dijanjikan, Nubia Red Magic 6R diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna di China. Melalui pengenalan tersebut, ia menjadi model terkini daripada Nubia di bawah siri Red Magic 6 – sekaligus menyertai Nubia Red Magic 6 dan Red Magic 6 Pro yang dilancarkan sebelum ini.

Nubia Red Magic 6R

Untuk spesifikasi khusus, Nubia Red Magic 6R didatangkan dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1) dan bateri berkapasiti 4,200mAh yang menyokong pengecasan 55W.

Seterusnya, ia juga mempunyai sokongan sistem penyejukan 3D untuk kawalan aliran haba yang baik dan dua butang bahu untuk pengalaman permua yang optimum. Di samping itu, Nubia Red Magic 6R juga didatangkan dengan sistem kuad-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuk – pengimbas cap jari pada skrin, rangkaian 5G terbina, WiFi 6, RedMagic OS 4.0, Android 11 dan lain-lain. Nubia Red Magic 6R dijual pada harga bermula RMB2,999 (~RM1,947) untuk versi asas.

Komen