Foxconn Dilaporkan Dalam Perbincangan Membeli Pegangan Pada Firma Teknologi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Foxconn merupakan salah satu syarikat berpusat di Taiwan yang terkenal untuk pengeluaran iPhone, dan sejumlah semikonduktor serta pengeluaran peranti lain di pasaran. Terbaru, ia dilaporkan Foxconn dalam perbincangan untuk mendapatkan pegangan pada Dagang NeXchange (DNeX) yang berpusat di Malaysia.

Salah satu sebab Foxconn berminat dengan DNeX, dikatakan adalah disebabkan oleh salah satu syarikat semikonduktor yang dimiliki oleh DNeX.

DNeX pada bulan Februari lepas telah memenangi bidaan dalam mengambil-alih SilTerra pada harga RM273 juta daripada Khazanah Nasional – sekaligus memberikan mereka pegangan sebanyak 60%. Foxconn ketika itu telah tewas pada bidaan pengambil-alihan berkenaan.

Dengan membeli sedikit pegangan pada DNeX, ia dilihat Foxconn akan terus menerajui arena semikonduktor, disamping turut mempunyai pelbagai peluang berkaitan arena semikonduktor di rantau Asia Tenggara.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami