Instagram Akan Mengehadkan Capaian Video Dengan Logo TikTok Pada Instagram Reels

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram sedia menawarkan ciri perkongsian video seperti TikTok, dinamakan sebagai Instagram Reels. Ia memudahkan pengguna melihat sejumlah kandungan video ringkas dengan menatal ke bawah – selain membolehkan penerbit kandungan untuk menyunting dan menerbitkannya di Reels – lebih kurang sama seperti TikTok.

Apa pun, pada awalnya, ramai penerbit kandungan sekadar memuat-naik video dari TikTok terus ke Reels – sekaligus mempromosikan TikTok melalui penggunaan logo berkenaan. Hal ini dilihat tidak begitu digemari oleh pihak Instagram.

Selari dengannya, kini Instagram diilihat telah menambah algoritma khusus yang mengurangkan capaian video dengan teks padanya – sebagai contoh logo TikTok.

Instagram mengatakan mereka hal ini dilakukan kerana pengguna mengatakan penggunaan tanda logo pada video tidak menawarkan pengalaman yang baik – sekaligus membuatkan mereka memilih untuk mengehadkan video dengan logo padanya di Instagram Reels.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami