Carian
Acer Aspire Vero Diperkenalkan Dengan Binaan Berasaskan Produk Kitar Semula – Komputer Mesra Alam
May 27, 2021 Aman

Acer hari ini telah mengadakan acara Nexr@Acer 2021, sekaligus berkongsi pengenalan sejumlah produk baharu mereka untuk pasaran global yang akan dipasarkan berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

Salah satu produk baharu yang diperkenalkan dan mencuri perhatian ramai pada pengenalan ini adalah Acer Aspire Vero – atau turut dipanggil Acer Vero.

Acer Aspire Vero
Acer Aspire Vero

Acer Aspire Vero memfokuskan kepada binaan berasaskan kepada barangan kitar semula, dan hadir dengan rekaan yang mudah dibaiki, dinaik-taraf dan dikitar-semula. Acer mengatakan ia antara produk rekaan mesra alam daripada mereka.

Menguasakan komputer riba ini adalah cip pemprosesan Intel terbaru, iaitu Intel Core i7 generasi ke-11. Dengan rekaan mesra alam dan mudah dinaik-taraf, pengguna boleh membuat perubahan dan naik-taraf memori serta storan dari tahun ke tahun dengan mudah, dan menggunakannya untuk tempoh yang lama.

Buat masa ini, Acer masih belum berkongsi bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan.

Komen