Oppo Reno6 Pro+ Juga Rasmi – Cip Snapdragon 870 Dan Kamera Utama 50MP

Diterbitkan pada Mei 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan Oppo Reno6 dan Reno6 Pro, jenama ini turut hadir dengan varian Reno6 Pro+. Secara kasarnya, ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti versi Pro. Tetapi, masih terdapat perbezaan ketara yang menjadikan kedua-duanya mempunyai nilai yang tersendiri.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo Reno6 Pro+ menggunakan skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Kemudian, ia dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Tetapan kamera terdiri dengan 50-Megapixel (Sony IMX 766) (utama) + 16-Megapixel (Ultra-Lebar) + 13-Megapixel (Telefoto) + 2-Megapixel (makro). Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk – port sambungan USB-C, Bluetooth 5.2, ColorOS 11.3, Android11 dan lain-lain. Oppo Reno6 Pro+ dijual di China pada harga bermula RMB3999 (~RM2,598).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami