OnePlus Nord CE 5G Dan OnePlus Nord N200 5G Akan Dilancarkan Pada 10 Jun

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord adalah siri peranti mampu milik OnePlus yang mula diperkenalkan pada tahun lepas. Ia adalah cubaan kedua OnePlus selepas mereka gagal memuaskan hati pengguna melalui OnePlus X. Melalui siri Nord, OnePlus telah berjaya melancarkan tiga peranti setakat ini iaitu Nord asal, Nord N10 5G dan juga Nord N100.

Kini ramai yang menggemari peranti ‘murah’ OnePlus, sedang menantikan pengganti. OnePlus telah mengumumkan baru-baru ini yang mereka akan adakan acara pelancaran Summer Launch Event pada 10 Jun. Acara ini akan melancarkan OnePlus Nord CE 5G dan OnePlus Nord N200 5G.

OnePlus Nord CE 5G dikatakan adalah olahan semula peranti OnePlus yang asal dengan harga jualan yang lebih murah. Ia dikatakan mengorbankan banyak perkara, tetapi mengekalkan teras penting asal dan menambah beberapa ciri baharu. CE pada nama peranti ini adalah Core Edition. OnePlus Nord N200 5G pula dikatakan akan menjadi peranti OnePlus dengan sokongan 5G mampu milik khusus untuk pasaran Amerika.

Dukacitanya, OnePlus tidak menyebut langsung kepada pengganti OnePlus Nord seperti Nord2 yang ada tertiris baru-baru ini. Harapnya Nord CE 5G bukanlah Nord2, kerana ada ura-ura yang 25 Jun pun OnePlus akan mengadakan acara pelancaran lain. Di India, OnePlus turut akan kembangkan lagi televisyen mereka melalui siri U1S dengan kamera 1080p terbina khusus untuk Google Duo.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami