Celcom Melakukan Penyelenggaraan Rangkaian Antara 12 Tengah Malam Sehingga 6 Pagi – Pada 28 Mei dan 29 Mei 2021

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini telah menyatakan mereka akan melakukan penyelenggaraan untuk rangkaian telekomunikasi mereka pada hari ini, 28 Mei 2021 dan juga pada 29 Mei 2021. Penyelenggaraan ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Penyelenggaraan akan meliputi sejumlah lokasi seluruh negara pada 28 Mei 2021, dan memfokuskan Selangor dan Pahang pada 29 Mei 2021.

Celcom mengatakan pengguna mungkin akan mengalami gangguan telekomunikasi ketika proses penyelenggaraan ini. Sekiranya anda terus menghadapi masalah selepas tempoh berkenaan, pengguna diminta mengaktifkan dan mematikan mod penerbangan (Flight Mode) pada peranti, atau memulakan semula peranti anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami