IDC – Pasaran Peranti Boleh-Pakai Terus Berkembang Dengan Apple Di Tangga Teratas

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran peranti boleh-pakai pada suku pertama 2021 menunjukkan peningkatan 34.4% berbanding suku yang sama tahun lalu menurut laporan terkini IDC. Apple kekal di tangga teratas dengan 28.8% pasaran diikuti oleh Samsung (11.3%), Xiaomi (9.7%) , Huawei (8.2%) dan BoAt (2.9%).

Peningkatan jualan dicatatkan oleh kesemua syarikat di atas kecuali Xiaomi yang mencatatkan penguncupan 1.2%. Menurut IDC, pasaran peranti boleh-pakai kini dipacu oleh syarikat lebih kecil yang memasarkan peranti yang dijual pada harga lebih mampu milik. BoAt misalnya ialah syarikat yang memasarkan peranti mereka hanya di India tetapi masih mampu duduk di tangga kelima.

Apple jauh di hadapan kerana kepopularan Apple Watch dan AirPods mereka. Samsung berjaya memintas Xiaomi ke tangga kedua turut dibantu oleh jualan siri TWS Galaxy Buds mereka. Xiaomi mengalami penyusutan kerana jualan Mi Band terjejas. Seperti Samsung, Huawei mencatatkan jualan yang tinggi dalam segmen aksesori audio dan kaca mata pintar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami