Seiring pengenalan siri Oppo Reno6, kita turut dapat melihat Oppo mengemaskini aksesori audio mereka. Melaluinya, Oppo Enco Free2 yang hadir dengan rekaan jenis fon dalam telinga bertangkai telah dilancarkan secara rasmi.
Ianya hadir dengan sokongan kalis air IP54, dilengkapi bluetooth 5.2 dan mampu beroperasi mencecah 30 jam bersama pod pengecas dengan sekali pengecasan. Di samping itu, ia juga dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif yang mampu mengurangkan bunyi sehingga 42dB. Tidak ketinggalan, ia juga menggunakan pemandu audio bersaiz 10mm dan Oppo turut bekerja sama Dynaudio untuk penghasilannya.
Spesifikasi lain termasuk – sokongan codec SBC, AAC, kawalan sentuhan, port sambungan USB-C dan lain-lain. Di China, Oppo Enco Free2 dijual pada harga RMB599 (~RM389) untuk seunit.