Carian
Sarawak Umum Diskaun Bil Elektrik Sehingga 25% Diteruskan Bulan Julai Sehingga Disember 2021
May 28, 2021 Aman

Sarawak hari ini umumkan sejumlah bantuan kepada penduduk di negeri Sarawak, termasuk salah satunya adalah diskaun bil elektrik untuk pengguna domestik, komersil dan juga industri.

Sarawak mengatakan diskaun bil elektrik ini akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021 ini. Dengan langkah ini, ia akan memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah, pengguna komersil dan industri di seluruh Sarawak.

Untuk pengguna domestik, diskaun sebanyak 25% akan diberikan – sementara kepada untuk komersil dan industri adalah mengikut kategori.

Selain diskaun bil elektrik, Sarawak juga akan meneruskan diskaun bil air antara Julai hingga Disember 2021.

Komen