Oppo Watch 2 Akan Dijana Dengan Snapdragon Wear 4100

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Watch ada;ah antara contoh jam tangan pintar Wear OS terbaik. Ini adalah kerana, Google mula membenarkan pengeluar peranti mengoptimasikan sendiri sistem operasi – seperti degan menawarkan pelancar tersendiri serta aplikasi terbina lalai tersendiri. Secara tidak langsung, dengan Snapdragon Wear 3100 kuno pada Oppo Watch – masih terasa lancar dan pantas.

Terkini, terdapat laporan mengenai Oppo Watch 2 pula. Oppo dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon Wear 4100 bersama-sama dengan cip Apollo4s binaan Ambiq dan Oppo. Snapdragon Wear akan memberi kuasa kepada sistem oeprasi utama, manakala Apollo untu RTOS (mod jimat bateri jam tangan pintar). Oppo Watch 2 juga dikatakan akan hadir dengan aplikasi Oppo Relax untuk membantu pengguna menenangkan diri. Ia adalah seakan ciri senaman bernafas – tetapi lebih menarik.

Storan dalaman dikatakan adalah 16GB, iaitu naik taraf kepada 8GB sebelum ini. Walau bagaimanapun, di China jam ini maosh lagi akan menjalankan sistem operasi tersendiri berasaskan Android 8.1 – hanya jika ia ditawarkan secara global Wear OS akan digunakan. Oppo juga dikatakan akan hadir dengan jam Oppo Watch Free. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: XDA [1], Gizmochina [2]

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami