ASUS Zenfone 8 Dan Zenfone 8 Flip Mula Dijual Malam Ini Di Shopee Pada Harga RM2699, RM2899

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa minggu lalu, ASUS telah mengumumkan ketibaan dua model terbaru dalam siri peranti Zenfone mereka, iaitu ASUS Zenfone 8 dan juga ASUS Zenfone 8 Flip. Kedua-dua peranti ini boleh dikatakan sebagai peranti pintar mercu syarikat tersebut, dengan spesifikasi dalaman yang hampir serupa dengan peranti pintar gaming mereka, ASUS ROG Phone 5.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan kelas mercu Qualcomm Snapdragon 888, dimana Zenfone 8 hadir dengan pilihan memori 8GB dan 16GB dan storan 128GB dan 256GB. Zenfone 8 Flip pula dilengkapi dengan memori 8GB dan storan 256GB.

Dari segi paparan, Zenfone 8 mempunyai paparan bersaiz 5.9 inci, manakala Zenfone 8 Flip mempunyai paparan bersaiz 6.67 inci yang mana kedua-duanya mempunyai kadar segar semula 120Hz dan juga pengimbas cap jari terbina didalamnya.

Saiz yang berbeza juga bermakna kapasiti bateri yang berbeza. Zenfone 8 mempunyai bateri berkapasiti 4000mAH, manakala Zenfone 8 Flip dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAH, dimana kedua-duanya menyokong teknologi pengecasan QuickCharge 4.0.

Satu lagi perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kedua-dua peranti ini ialah dari segi modul kamera. Zenfone 8 mempunyai dwi-kamera belakang gabungan sensor utama 64-megapixel, selain kamera ultra-lebar 12-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia dilengkapi sensor 12-megapixel.

Zenfone 8 Flip pula hadir dengan rekaan unik yang membolehkan kamera digerakkan dan dibawa ke hadapan – sekaligus hanya memfokuskan satu penawaran panel kamera untuk rakaman utama dan juga swafoto.

Untuk tujuan tersebut, tiga sensor kamera digunakan, dengan sensor utama 64-megapixel, sensor ultra-lebar 12-megapixel, dan sensor telefoto 8-megapixel dengan keupayaan zum optikal sehingga 3 kali.

Asus Zenfone 8 Flip

Kedua-dua peranti pintar ini dimuatkan dengan sistem operasi Android 11 yang menggunakan antaramuka ZenUI 8.

Di acara pelancaran peranti-peranti ini untuk pasaran tempatan, ASUS Malaysia mengesahkan bahawa peranti ini akan mula dijual pada malam ini di kedai atas talian mereka di Shopee pada harga-harga berikut:

Untuk mereka yang membeli peranti ini bermula malam ini sehingga 11 Jun kelak, mereka akan menerima sebuah rangka peranti percuma daripada SolidSuit selagi stok masih ada. Dan mereka yang menukar-masuk peranti Zenfone lama mereka dari 28 Mei hingga 25 Jun 2021 akan menerima diskaun RM200 di kedai-kedai pengedar sah ASUS Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami