TM Hadir Kembali Dengan Promosi Unifi Mobile 99 Pada Harga RM59 Sebulan – Data Dan Panggilan Tanpa Had

Diterbitkan pada Mei 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini hadir kembali dengan promosi yang menawarkan pelan Unifi Mobile 99 pada harga RM59 sebulan. Pakej ini ditawarkan pada harga diskaun untuk mereka yang mendaftar dengan kontrak selama 12 bulan.

Dibawah pelan ini, pengguna akan dapat menikmati pelan internet tanpa had, panggilan tanpa had, dan juga SMS tanpa had. Pengguna turut diberikan akses hotspot LTE sebanyak 10GB, selain akses percuma ke [email protected] di lebih 8000 lokasi seluruh negara.

Promosi ini ditawarkan bermmula bulan Mei 2021 ini sehingga sebuah tempoh kelak.

Untuk makluman, sebelum ini TM pernah hadir dengan promosi sama beberapa kali – termasuk pada 2019 dan 2020 lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami