Cari @ Amanz

Google kini telah pun menawarkan Chrome 91, iaitu pelayar web versi terbaru yang hadir dengan peningkatan prestasi yang drastik berbanding sebelum ini.

Chrome 91 hadir dengan enjin JavaScrip V8 yang ditambah baik bersama-sama integrasi Sparkplug – sekaligus menawarkan prestasi pelayaran yang lebih 23% pantas berbanding sebelum ini.

Untuk makluman, laman web bergantung kepada penggunaan JavaScript, dan enjin V8 memudahkan proses berkenaan. Dengan versi terbaru, Sparkplug diintegrasikan yang menawarkan prestasi pemprosesan lebiih pantas, dan memproses dan menjimatkan lagi penggunaan CPU peranti pengguna.

Pembaharuan baharu ini menawarkan peningkatan prestasi yang lebih pantas berbanding enjin V8 yang diperkenalkan pada tahun 2008 lepas.

Selain Chrome, Edge 91 juga dijangka menawarkan peningkatan prestasi lebih kurang sama kepada pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd