Shopee Tidak Akan Membenarkan Anda Memilih Kurier Penghantar Bermula 17 Jun 2021 – Akan Ditetapkan Secara Automatik

Diterbitkan pada Mei 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee kini telah mula memaklumkan kepada penjual mereka, dimana bermula 17 Jun 2021 ini, para pengguna yang membeli-belah di Shopee tidak lagi boleh memilih syarikat kurier penghantar untuk pembelian mereka.

Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem. Shopee mengatakan langkah ini akan meningkatkan lagi kadar kecekapan logistik.

Berbeza dengan hari ini, pengguna sekadar akan diberikan pilihan “Standard Delivery”, “Economy Delivery” dan juga “Lain-lain”. Pilihan untuk syarikat kurier akan dilakukan pada bahagian latar tanpa pengetahuan pengguna – dan juga berdasarkan tetapan oleh sesuatu kedai penjual pada platform berkenaan.

Dengan langkah ini juga, ia mungkin akan terus membolehkan Shopee secara tidak langsung mempromosikan perkhidmatan logistik Shopee Express atau dinamakan Sea Shipping melalui pilihan penghantaran ekonomi – selain turut menghilangkan jenama lain daripada dipaparkan dimata pengguna.

Jadi bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan perubahan dari segi logistik pada platform Shopee ini?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami