AirPods Pro 2 Dijangka Hadir Pada 2022 Dengan Sensor Menjejak Aktiviti Kecergasan
Aman
Apple sedia popular dengan penawaran fon telinga nirwayar mereka, dibawah siri AirPods. Selepas memperkenalkan beberapa versi sebelum ini, untuk tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan AirPods 3 secara rasminya.
Menurut laporan Bloomberg, AirPods 3 dijangka hadir pada tahun ini, dan akan membawa sejumlah elemen rekaan seumpama AirPods Pro – termasuk rekaan kaki yang lebih pendek. Apa pun, sesetengah ciri-ciri dijangka akan masih eksklusif untuk siri AirPods Pro.
Untuk kemaskini AirPods Pro pula, Apple dijangka memperkenalkan ia pada tahun 2022 kelak. Menariknya, AirPods Pro 2 ini dikatakan akan hadir dengan sensor tambahan untuk memantau gerakkan – sekaligus akan sesuai untuk menjejak aktiviti kecergasan pengguna.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengenalan fon telinga nirwayar baharu ini oleh Apple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.