Fitbit Kelak Bakal Menyertakan Ciri Menjejak Kadar Dengkur Anda

Diterbitkan pada Mei 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fitbit merupakan salah satu penawaran peranti kecergasan yang dimiliki oleh Google. Ia menyertakan sejumlah ciri-ciri memantau aktiviti kecergasan, selain turut menyertakan kebolehan memantau corak tidur sejak 2017 yang lepas.

Menariknya, melalui aplikasi Fitbit terbaru, ia dilihat beberapa kod baharu hadir yang memperlihatkan kelak Fitbit akan menyertakan ciri untuk memantau kadar dengkur seseorang pengguna.

Melalui ciri ini, ia akan menggunakan mikrofon terbina pada jam tangan pintar untuk memantau kadar bunyi disekeliling serta kadar dengkur seseorang pengguna. Apa pun, sekiranya anda tidur dengan pasangan, ia agak sukar untuk membezakan dan Fitbit akan rekodkan kadar dengkur bersama – dan tidak dapat membezakannya.

Buat masa ini, ciri ini dilihat telah pun dibangunkan melalui aplikasi Fitbit, dan mungkin diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami