Kerajaan Ingin Percepatkan Proses Suntikan – Orang Ramai Tidak Boleh Memilih Vaksin

Diterbitkan pada Mei 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Khairy Jamaluddin sebelum ini telah mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah yang membolehkan orang ramai membuat pilihan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Namun, selepas melalui beberapa perbincangan, kini kerajaan putuskan untuk tidak menyediakan pilihan berkenaan kepada orang ramai.

Buat masa ini, fokus lebih diberikan untuk tingkatkan jumlah vaksinasi – jadi orang ramai akan diberikan apa saja vaksin yang ada. Ini juga akan mempercepatkan lagi proses vaksin di Malaysia.

Pada masa yang sama, jemaah haji yang belum terima vaksin akan menerima vaksin Pfizer, sementara mereka yang telah menerima Sinovac, kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi berkaitan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami