Rekaan Kabin Untuk Kapal Udara Terbang Airlander 10 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Airlander 10 ialah kapal udara terbang terbesar di dunia yang diperlihatkan lima tahun yang lalu. Pada asalnya ia dibina untuk membawa kargo berat untuk perjalanan jarak jauh tetapi kini nampaknya akan turut ditawarkan sebagai pesawat pengangkut penumpang.

Hybrid Air Vehicle (HAV) telah berkongsi beberapa imej pengolokan rekaan kabin kapal udara yang menyasarkan memulakan operasi pada tahun 2025. Kabin boleh membawa sehingga 100 penumpang dalam konfigurasi yang santai dengan ruang lantai yang luas. Terdapat ruang untuk bekerja dan ruang makan seperti yang wujud dalam Graf Zapellin dari dekat 1930an.

Pesawat ini mempunyai jarak operasi sehingga 800 kilometer sahaja menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak dekat sahaja. Menjelang 2030, HAV berharap Airlander 10 akan beroperasi menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami