Carian
Aplikasi Dan Portal Unifi Mobile Care Akan Ditamatkan Pada 30 Jun 2021
May 31, 2021 Aman

Pihak Telekom Malaysia kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran aplikasi Unifi Mobile Care, selain portal khusus Unifi Mobile Care pada 30 Jun 2021 kelak.

Perubahan ini dijangka akan memberikan kesan terhadap pengguna perkhidmatan pascabayar Unifi Mobile, selain pengguna Unifi Air.

Sebagai alternatif untuknya, pengguna diminta beralih ke sebuah portal baharu yag mengabungkan semua penawaran Unifi dibawah satu, di Unifi.com.my.

Bagi pengguna sedia ada, anda boleh mendaftar akaun di laman Unifi menggunakan emel Unifi Mobile Self-Care sedia ada. Bagi pengguna peranti mudah-alih, anda boleh memuat-turun aplikasi myUnifi untuk memudahkan proses berkenaan dan menggunakannya sebagai alternatif Unifi Mobile Care selepas 30 Jun 2021 kelak.

Komen