Jony Ive Turut Terlibat Dalam Pembangunan Apple iMac M1 Terbaru

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jony Ive merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena rekabentuk – terutamanya melibatkan produk Apple. Beliau telah pun meninggalkan syarikat Apple pada 2019 yang lepas, dan memfokuskan kepada firma rekabentuk beliau tersendiri.

Terbaru, menurut laporan Wired, Apple mengesahkan yang mana Jony Ive pernah terlibat dalam rekabentuk iMac terbaru.

Apple iMac Ungu

Seperti semua sedia maklum, proses rekabentuk mengambil masa yang lama – sekaligus memperlihatkan tidak mustahil Jony Ive terlibat dengan rekabentuk iMac terbaru, walaupun meninggalkan syarikat berkenaan pada 2019 yang lepas.

Apa pun, menariknya, Apple tidak memberikan sebarang komen berkaitan sama ada Jony Ive terlibat dengan pembangunan rekabentuk selepas beliau meninggalkan syarikat atau sebaliknya.

Apple iMac terbaru hadir dengan cip berasaskan Apple M1 – membolehkan ia hadir dengan dengan rekaan nipis. iMac 2021 ini juga turut hadir dengan rekaan berwarna-warni – membolehkan pengguna memilih berdasarkan citarasa masing-masing.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami