Celcom : Pengguna Menggunakan Data Purata Sebanyak 21.8GB Sebulan Pada Suku Pertama 2021

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini telah pun mengumumkan penyata kewangan untuk suku pertama 2021 yang lepas, sekaligus berkongsi beberapa data menarik untuk tiga bulan pertama bagi tahun ini.

Salah satunya adalah berkaitan dengan penggunaan data bulanan oleh setiap pengguna pada talian Celcom.

Menurut Celcom, secara purata, pengguna menggunakan data sebanyak 21.8GB setiap bulan.

Angka ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 46.1% berbanding tempoh sama untuk tahun sebelumnya, yang menyaksikan penggunaan sekitar 14.8GB sebulan.

Secara keseluruhan, pandemik dan PKP dilihat memacu arena digitalisasi dengan pantas di Malaysia. Celcom turut mengatakan pada suku pertama 2021, Celcom mencatatkan pertumbuhan trafik data sebanyak 70%, berbanding 2020 yang lepas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami