CDC – Vaksin 99.99% Berkesan Mengelakkan Jangkitan Covid-19 Dan 99.99987% Berkesan Mengelakkan Kematian

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vaksin yang kini mula diberikan bagi menentang wabak Covid-19 mula menujukan kesan. Amerika Syarikat dan UK yang dahulunya mencatatkan ribuan kematian setiap hari ini telah mula turun ke ratusan. Sungguhpun keberkesanan vaksin telah dibuktikan dengan data sains, masih ada golongan yang lebih mempercayai status Facebook rawak yang menafikannya.

Ramai tidak menyedari vaksin sekadar mengurangkan kebarangkalian dijangkiti dan apabila dijangkiti pula mengurangkan kesan negatif yang menjurus kepada kematian. CDC hujung minggu lalu telah menerbitkan laporan keberkesanan vaksin di Amerika Syarikat. Setakat ini lebih 101 juta individu telah menerima suntikan vaksin di A.S. Dari jumlah ini hanya 10,262 individu dijangkiti Covid-19 selepas 14 hari menerima dos lengkap. Ini bersamaan dengan hanya kebarangkalian 0.01% dijangkiti Covid-19 selepas suntikan diterima.

Covid-19

Dari 10,262 ini, hanya 995 individu (0.000985%)memerlukan rawatan di hospital. Kemudiannya dari 995 hanya 160 kematian dicatatkan dengan usia purata yang meninggal adalah 82 tahun dan 80% adalah disebabkan Covid-19. Ini bersamaan hanya 0.00013% meninggal dunia selepas menerima vaksin lengkap. Ini adalah jauh lebih rendah berbanding 2.08% kebarangkalian kematian akibat dijangkiti Covid-19 di peringkat global. Setakat ini 3.54 juta kematian telah dicatatkan dari 170 juta jangkitan yang dilaporkan setakat ini.

Dataraya CDC membuktikan keberkesanan vaksin Covid-19 di Amerika syarikat adalah 99.99%. Tiada konspirasi dan tiada cip mikro yang membolehkan anda mendapat rangkaian 5G seperti sebuah telefon. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sedang berlangsung dan sekiranya anda bernasib baik menerima slot suntikan silalah cuba hadir kerana kita memerlukan imunisasi kelompok untuk kembali ke dua pra-Covid.

Sumber CDC

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami