Xiaomi Umum Pengecasan 200W Berwayar, 120W Nirwayar – Cas Penuh Peranti Dalam Hanya 8 Minit

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi hari ini telah mengumumkan rekod baru dalam kelajuan mengecas peranti dengan pengenalan teknologi pengecasan pantas mereka pada kelajuan mencapai 200W secara berwayar, dan juga 120W secara nirwayar.

Melalui ujian yang diperlihatkan, Xiaomi menggunakan Mi 11 Pro yang diubah-suai, dan memperlihatkan kelajuan mengecas 200W – sekaligus mampu mengecas peranti sehingga 100% dalam masa hanya 8 minit sahaja.

Disamping secara berwayar, Xiaomi turut memperlihatkan kebolehan mengecas secara nirwayar pada kelajuan 120W. Menggunnakannya, pengguna boleh mengecas bateri berkapasiti 4000mAh sehingga 100% dalam masa hanya 15 minit sahaja.

Buat masa ini, dengan pengenalan ini, ia membolehkan Xiaomi memegang rekod dunia untuk kelajuan mengecas secara nirwayar dan juga berwayar.

Apa pun, Xiaomi masih belum mengumumkan bilakah teknologi baharu ini akan diperkenalkan pada peranti mereka secara komersilnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami