Matahari Buatan China Berjaya Mencecah Suhu 120 Juta Celsius Selama 101 Saat

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) ialah mahatari buatan manusia yang terletak di Hefei Institutes of Physical Science of the Chinese Academy of Sciences (CASHIPS). Tiga tahun lalu ia mencatatkan rekod suhu paling dunia iaitu 100 juta Celsius selama 10 saat yang adalah enam kali ganda lebih panas berbanding matahari sebenar.

Kini menurut laporan Xinhua, EAST kini memegang rekod menghasilkan matahari buatan manusia pada suhu 120 Juta Celsius selama 101 saat. Ini adalah satu lagi langka ke hadapan untuk menghasilkan sumber kuasa pelakuran nuklear yang diharap dapat menghasilkan kuasa elektrik yang bersih untuk kegunaan generasi masa hadapan sama seperti matahari yang sejak 4.603 bilion tahun yang lalu. Pada waktu yang sama EAST turut berjaya mencapai suhu 160 juta Celsius selama 20 saat.

Tokamak

Dengan suhu yang dicatatkan ini, proses menghasilkan sumber tenaga bersih menerusi proses pelakuran nuklear dapat dilakukan. Berbeza dengan proses pembelahan nuklear yang digunakan di stesen janakuasa semasa, proses pelakuran tidak meninggalkan sisa nuklear yang berbahaya.

Sebaliknya apabila isotop deuterium dan tritium digabungkan menerusi proses pelakuran, hanya helium dan neutron akan dihasilkan. Pada masa yang sama, tenaga yang dilepaskan menerusi proses pelakuran adalah sehingga empat kali ganda lebih besar berbanding proses pembelahan nuklear.

Sumber Xinhua News

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami