Jualan Tengah Tahun Samsung Malaysia Menawarkan Rebat RM1100 Untuk Siri Peranti Samsung Galaxy Note 20

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika pada minggu lalu Samsung Malaysia menawarkan rebat wang tunai untuk peranti-peranti siri Samsung Galaxy S20, mereka kini hadir dengan promosi jualan tengah tahun yang mana mereka menawarkan rebat tunai untuk dua peranti mereka, termasuklah Samsung Galaxy Note 20 dan juga Samsung Galaxy A32.

Bermula dengan Samsung Galaxy Note 20, ia hadir dengan storan 256GB, sokongan dwi-SIM dan juga rangkaian 5G pada harga RM4299. Selepas rebat RM1100, Samsung menawarkan peranti ini pada harga RM3199 sahaja.

Untuk peranti Samsung Galaxy Note 20 Ultra dengan paparan dan sistem kamera yang lebih canggih, tanda harga asalnya pada RM5199 diturunkan kepada RM4099 dengan rebat terbaru ini.

Bukan itu sahaja, jika anda sedang mencari peranti yang lebih mampu milik, Samsung Malaysia juga menawarkan Samsung Galaxy A32 pada harga RM999, iaitu dengan diskaun RM100 daripada harga asalnya pada RM1099.

Jualan tengah tahun Samsung Malaysia untuk ketiga-tiga peranti ini bermula dari 29 Mei sehingga 4 Julai 2021 kelak, di kedai Samsung Experience dan juga kedai atas talian Samsung Malaysia sementara stok masih ada.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami