Beast Canyon Ialah Komputer NUC Intel Pertama Yang Akan Menyokong Kad Grafik Bersaiz Penuh

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Intel Next Unit of Computing, ataupun Intel NUC ialah konsep komputer desktop bersaiz padat yang boleh menunjukkan kemampuan komputer yang dikuasakan oleh CPU Intel yang tidak semestinya perlu hadir dalam saiz rangka yang besar.

Intel NUC secara lazimnya boleh dilihat sebagai saingan kepada peranti Mac Mini keluaran Apple, tetapi versi terbaru NUC yang telahpun diacahkan oleh Intel hari ini, yang dinamakan Beast Canyon adalah sedikit lain daripada yang lain.

Pertama ialah ia hadir dengan rekaan 8 liter yang dilihat jauh lebih besar berbanding apa yang ditawarkan oleh Intel sebelum ini, tetapi masih lagi hadir dengan rekaan yang jauh lebih padat berbanding komputer-komputer bersaiz biasa.

Ini adalah kerana Beast Canyon adalah komputer NUC pertama yang akan hadir dengan ruang mencukupi untuk memuatkan sebuah kad grafik bersaiz penuh dengan ukuran panjang 12 inci.

Dari segi spesifikasi dalaman, Beast Canyone boleh dimuatkan dengan CPU Intel Core i5, Intel Core i7 ataupun Intel Core i9 Tiger Lake-H dengan sokongan untuk memori dwi-saluran DDR4 dan juga hadir dengan tiga slot untuk storan SSD NVMe PCIe M.2.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai NUC Beast Canyon ini hanya akan diketahui dalam masa beberapa bulan lagi, dan tarikh pelancarannya juga dianggar sekitar suku ketiga atau keempat tahun ini. Tanda harga komputer ini juga hanya akan diumumkan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami