FoodPanda Kini Mempunyai 50 PandaMart – Memfokuskan Penghantaran Barangan Runcit Dalam Masa Sekitar 30 Minit

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

FoodPanda telah memulakan operasi mereka di Malaysia dengan memfokuskan kepada penghantaran makanan. Namun, akhir-akhir ini mereka turut telah memperluaskan fokus untuk turut menyertakan penghantaran barangan runcit, melalui PandaMart.

Terbaru, FoodPanda mengumumkan mereka telah membuka kedai PandaMart yang ke-50 di Malaysia, terletak di Putra Heights – sekaligus memperluaskan penawaran penghantaran barangan runcit mereka secara berperingkat ke beberapa kawasan sekitar Malaysia.

Kedai PandaMart yang dibuka ini beroperasi sebagai sebuah kedai awanan atau sebuah gudang. Ia tidak dibuka kepada orang ramai, sebaliknya apabiila menerima tempahan, penghantar Panda akan ke lokasi berkenaan bagi mengambil barangan runcit yang ditempah – dan seterusnya menghantar ia kepada pembeli.

FoodPanda menjanjikan penghantaran barangan runcit ini dalam masa lebih kurang 30 minit, sekaligus membuatkan keperluan ia dibuka di lokasi yang mempunyai kadar penduduk yang tinggi.

Buat masa ini, 50 kedai PandaMart berkenaan adalah di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami