Astro Menawarkan 18 Saluran Percuma Sepanjang Tempoh Sekatan Pergerakan Penuh

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekatan pergerakan penuh akan berkuatkuasa bermula esok 1 Jun 2021. Dengan orang ramai digalakkan supaya duduk di rumah kecuali untuk melakukan tugasan perlu, Astro sekali lagi menawarkan tontonan percuma untuk 18 saluran mereka kepada pelanggan.

Senarai lengkap saluran yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Saluran percuma boleh ditonton bermula 1 Jun 2021 sehingga 11:59 malam 14 Jun 2021. Dengan penawaran saluran percuma ini, Astro berharap pelanggan akan mempunyai pilihan menonton kandungan yang lebih banyak bagi menentang kebosanan selama dua minggu sekatan pergerakan penuh ini. Selain diakses menerusi kotak TV, kesemua saluran ini turut boleh diakses menggunakan aplikasi Astro Go dan menerusi pelayar web.

Saluran Berita

  1. ABC Australia (CH 518)
  2. Al-Jazeera (CH 513)
  3. Astro Awani (CH 501)
  4. BBC World News (CH 512)
  5. Bloomberg TV (CH 517)
  6. CGTN (CH 503)
  7. Channel News Asia (CH 515)
  8. CNBC Asia (CH 516)
  9. CNN (CH 511)
  10. Sky News (CH 514)

Saluran Kanak-Kanak

  1. Astro Ceria (CH 611)
  2. Astro Xiao Tai Yang (CH 304)
  3. Boomerang (CH 619)
  4. Cartoon Network (CH 615)
  5. Nickelodeon (CH 616)
  6. Nick Jr (CH 617)
  7. Ta-Daa! (CH 612)

Astro Box Office Movies

  1. BollyOne (CH 251)

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami