Grab Menawarkan Diskaun Untuk Warga Emas Pergi Ke Pusat Pemberian Vaksin

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan beberapa bulan yang lalu, sudah timbul beberapa laporan penerima tidak hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV). Pelbagai sebab diberikan dan antaranya ialah tiada pengangkutan yang boleh dinaiki. Grab hari ini mengumumkan diskaun khas untuk pelanggan warga emas yang ingin ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Diskaun RM8 akan diberikan untuk empat perjalanan bermula 12 Jun 2021. Untuk layak pelanggan perlu berusia 60 tahun ke atas. Untuk menerima tawaran ini, pelanggan perlu melakukan pendaftaran bermula 7 Jun ini dan kod khas akan dihantar bermula 12 Jun.

Dengan usaha ini warga emas boleh pergi ke PPV tanpa memerlukan kenderaan peribadi ataupun bantuan dari anak-anak. Sepanjang tempoh sekatan perjalanan penuh bermula esok, kenderaan Gab hanya boleh membawa dua orang sahaja termasuk pemandu.

Sumber Grab

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami