Cari @ Amanz

Intel hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baharu, dan turut menyentuh berkenaan dengan masalah kekurangan cip dan semikonduktor yang dialami pada peringkat global.

CEO Intel mengatakan yang mana walaupun industri telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara ini, namun masalah kekurangan cip ini dan yang dihadapi ekosistem mungkin dialami untuk beberapa tahun lagi.

Intel Malay

Sebelum ini, Intel telah mengumumkan akan membuka dua kilang pengeluaran cip di Amerika Syarikat – bernilai lebih $20 bilion.

Selain Intel, pelbagai syarikat turut menghadapi masalah dalam pengeluaran cip ini dan sedang melihat kepada pelbagai kaedah dalam mengatasinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd