Realme Smart TV 4K Dilancarkan Dengan 2 Saiz Skrin Dan Dolby Vision

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini hadir dengan penawaran televisyen pintar baharu menerusi pengenalan Realme Smart TV 4K. Melaluinya, ia didatangkan dalam dua saiz skrin berbeza iaitu 43-inci dan 50-inci bersama binaan bezel yang nipis sekitar 2.6mm. Untuk spesifikasi khusus, kedua-duanya berkongsi penawaran yang sama.

Di mana, Realme Smart TV 4K 43″ dan Realme Smart TV 4K 50″ dilengkapi paparan berasaskan LED yang menyokong resolusi 4K (3840 x 2160). Ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan mencecah 97.2% dan menyokong dua format HDR iaitu Dolby Vision serta HDR10. Di samping itu, ia turut disertakan dengan ciri Chroma Boost untuk pengalaman paparan lebih jitu bersama tujuh paparan yang pelbagai.

Kedua-duanya juga dijana dengan cip pemproses empat-teras MediaTek 64-bit (ARM Cortex A53 CPU) yang dipadankan dengan GPU Mali G52, memori 2GB RAM dan 16GB storan dalaman secara terbina. Sterusnya, ia juga menjalankan sistem operasi Android TV (Android 10) dan sokongan untuk Google Assistant menerusi alat kawalan jauh.

Turut melengkapinya adalah sistem pembesar suara empat unit dengan output 24W dan sokongan Dolby Audio. Pilihan input pula adalah 2 x HDMI, 1x HDMI (ARC), LAN, input AV dan 2 x USB. Spesifikasi lain termasuk – bluetooth 5.0, inframerah dan lain-lain. Di India, televisyen ini dijual pada harga ₹ 27,999 (~RM1,591) untuk saiz 43-inci. Sementara itu, Realme Smart TV 4K 50-inci pula berharga ₹ 39,999 (~RM2,273) untuk sebuah.

Sumber : Realme India

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami