Hari ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan PEMERKASA+ – yang mana menambah-baik dan melanjutkan beberapa bantuan sedia ada, selain menambah beberapa bantuan dalam mengurangkan beban dihadapi rakyat.
Salah satu bantuan khas yang diumumkan adalah bantuan pemberian RM500 sekali kepada sekitar 62,000 pemandu kereta sewa dan seru-pandu.
Bantuan khas RM500 juga turut akan diberikan kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah, dan juga pemandu bas persiaran.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima berdaftar bermula bulan Julai 2021 kelak.