Meizu Watch Dilancarkan Dengan Snapdragon Wear 4100 Dan Sokongan eSIM

Diterbitkan pada Mei 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, Meizu Watch diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah acara pelancaran di China, hari ini. Ia membawakan rekaan fizikal yang mirip seperti sebuah Apple Watch dengan muka jam berbentuk empat segi. Kemudian, antara titik jualan utama yang diketengahkan oleh Meizu pada jam tangan ini termasuklah – sokongan e-Sim, cip Snapdragon Wear 4100 dan bateri yang mampu beroperasi sehingga 36 jam lamanya.

Untuk spesifikasi khusus, Meizu Watch mempunyai skrin berukuran 1.78-inci AMOLED dengan resolusi 368 x 448 piksel. Seterusnya, ia juga menyokong cip Snapdragon Wear 4100, RAM 1GB dan storan dalaman 8GB. Turut melengkapinya adalah sejumlah sensor terbina bertujuan untuk pemantauan kesihatan dan beberapa lagi aktiviti tambahan. Ini termasuklah pengesanan kadar jantung, pemantauan corak tidur, pemantauan kadar stress dan lain-lain.

Di samping itu, ia juga menyertakan 10 mod suka terbina yang terdiri dengn larian, berbasikal, badminton, berjalan dan banyak lagi. Spesifikasi lain termasuklah – pembayaran Alipay, sokongan GPS, e-SIM, Bluetooth 4.2 dan lain-lain. Di China, Meizu Watch dijual pada harga ¥1499 (~RM970) untuk seutas.

Sumber : Meizu China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami